KEJAYAAN :HANYA UNTUK YANG BERPELAJARAN  TINGGI ?

MY COMPANY AND I memberikan pendedahan asas yang diperlukan oleh para pengarah dan pemegang saham bagi membuat keputusan yang terbaik. Umpamanya memposisikan diri mereka dalam Lembaga Pengarah,  berkaitan pegangan  saham, menjadi Pengerusi, Pengarah Urusan atau CEO, kawalan kewangan, hak membuat keputusan, hak mendapatkan dividen, tanggungan dan kewajipan.


PERSEDIAAN  : ILMU , MAKLUMAT  DAN  CARA PIKIR 

Video ini bertujuan mempersiapkan MINDA dan JIWA seseorang yang ingin melangkah ke dunia perniagaan dan korporat samada di Malaysia atau antarabangsa. Ianya juga dianggap perlu bagi mereka yang sudah mempunyai SYARIKAT dan menjadi seorang pengarah ataupun seseorang yang sudah BERNIAGA dan akan membesarkan perniagaan kepada taraf SENDIRIAN BERHAD.


PEMBELAJARAN TERBAIK :  PENGALAMAN SEBENAR ?

Para pelajar institusi pengajian tinggi boleh mendapat gambaran dan scenario realiti dunia perniagaan dan korporat Malaysia khususnya hal ehwal korporat selain
apa  yang mereka pelajari secara ilmiah dalam kursus-kursus yang berkaitan umpamanya bidang PENTADBIRAN KORPORAT (CORPORATE ADMINISTRATION), PENTADBIRAN PERNIAGAAN, PERAKAUNAN, KEWANGAN dan UNDANG-UNDANG SYARIKAT (CORPORATE LAW).
PENIAGA . USAHAWAN . PENGARAH SYARIKAT

Siri VIDEO PEMBELAJARAN yang menjelaskan kepada Peniaga, Usahawan dan Pengarah Syarikat mengenai PERKARA ASAS yang PENTING dan harus di ketahui sebaik sahaja mereka melangkah ke arena perniagaan.

Undang-undang syarikat di Malaysia tidak mewajibkan seseorang pengarah mempunyai latarbelakang akademik yang tertentu. Sesiapa sahaja dari latarbelakang manapun boleh mendaftarkan perniagaan dan asalkan berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi PENGARAH SYARIKAT.
PENAFIAN
Setiap maklumat yang terkandung di laman web www.mycoi.com.my  dan videonya adalah disediakan sebagai maklumat umum dengan tujuan memperkenalkan siri video MY COMPANY AND I (SAYA DAN SYARIKAT SAYA) . Pihak penerbit  tidak menjamin maklumat yang dibentangkan adalah penjelasan muktamad berkaitan dengan perniagaan dan syarikat khususnya berdasarkan peraturan dan perundangan di MALAYSIA, samada melalui penjelasan atau tersirat, ketepatan, kesempurnaan, sandaran dan kesesuaian maklumat.Oleh itu para pembaca dan penonton harus mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar dalam hal ehwal korporat, perundangan dan perniagaan bagi memperjelaskan sesuatu isu yang dihadapinya.
Penerbit berhak membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Penerbit  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat atau ketepatan maklumat yang dipaparkan.

PERNYATAAN HAKCIPTA
Hakcipta Q.A. M.S. Corporate Services Sdn Bhd .2018

Hakcipta laman web   MY COMPANY AND I (SAYA DAN SYARIKAT SAYA) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya  adalah hakcipta Penerbit  dan sekutunya termasuk penulis, penerbit  dan pengarahnya  kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian laman web  ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Penerbit.

KOMUNIKASI
EMAIL :    info@mycoi.com.my

© Q.A.M.S. Corporate Services Sdn Bhd (522420 M). 2018

SIRI VIDEO PEMBELAJARAN ASAS
PERNIAGAAN DAN KORPORAT
MALAYSIA