BERNIAGA. BIAR HINGGA MENJENGAH DUNIA.

Siri dokumentari drama yang mengupas dan membahas isu memulakan perniagaan di Malaysia.

CERITA

Drama Dokumentari (Docudrama) "Antara Kita- Hingga Menjengah Dunia" adalah sebuah kisah yang mengupas selok belok memulakan perniagaan mengikut kaedah dan peraturan di Malaysia. Kandungan cerita ini menyuntik inspirasi bagaimana anak-anak muda yang mempunyai latarbelakang bebeza dan tiada pengalaman berniaga boleh mencetus sebuah perkongsian strategik dengan mengolah kesempitan hidup mereka menjadi peluang yang diraih bersama.

Antara KITA adalah kisah asas (foundation) mengenai latarbelakang watak-watak utamanya.  Kisah lanjutan perniagaan mereka dibentangkan dalam siri selanjutnya bertajuk "Bahtera Korporat - Berjalan Dalam Gelora" yang akan memaparkan isu-isu perniagaan dan korporat yang lebih kompleks selepas perniagaan mereka mencecah beberapa tahun.

Kedua-dua siri " Antara Kita" dan "Bahtera Korporat"  dibangunkan dengan tujuan agar menjadi satu medium pembelajaran dan latihan minda dan intellectual buat usahawan, pengarah syarikat, eksekutif, professional dan pelajar khususnya di Malaysia.









































ANDA VERSI ZEIN TAHAR ATAU ALI SHAH ?

Bagi peniaga dan usahawan yang sudah mahir dengan selok belok korporat dan kewangan samada mereka Pengarah Syarikat, Pemegang Saham ataupun dalam posisi seorang pelabur, mereka mungkin sudah menjadi pemain (player) seperti watak-watak Datuk Tajudin dan Pengiran Solleh dalam cerita ini.

Hal ehwal korporat dan kewangan adalah di antara ruang-ruang kelabu (grey areas) dan 'terselindung' dalam dunia korporat dan perniagaan tetapi boleh memberi impak yang ketara (significant) kepada perniagaan dan pemiliknya.

Mereka yang pandai memanipulasi ruang-ruang terselindung ini mungkin mendapat habuan yang besar. Sebaliknya bagi mereka yang tidak pandai mempergunakannya,  ianya boleh menjadi satu 'kekejaman' atau 'penindasan' . Kondisi ini dipaparkan dalam Antara Kita melalui watak-watak
ZEIN TAHAR dan ALI SHAH.

Peniaga dan usahawan yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu hal korporat dan kewangan berisiko kehilangan segala hak malah keseluruhan  perniagaan yang mereka bina.


























PENGETAHUAN PERNIAGAAN, KORPORAT DAN KEWANGAN

Realitinya kebanyakan peniaga dan usahawan mengembeling seluruh usaha dan modal yang mereka ada untuk perniagaan mereka, justeru mereka merasa berhak menikmati segala hasil dan manafaatnya.

Bagi para usahawan yang berniaga atas nama syarikat (sendirian berhad atau berhad) mereka mungkin menyuntik modal sendiri (menjadi Pemegang Saham syarikat mereka ) dan mendapat sebahagian lain  modal melalui pelabur atau pinjaman bank.

Hakikatnya apa juga status anda, setiap peniaga dan usahawan maupun 'orang korporat' adalah terikat dengan peraturan dan undang-undang berkaitan kewangan dan akaun perniagaan yang dikawalselia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagi syarikat, anda terikat juga dengan peraturan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Akta Syarikat 2016 ( dahulunya Akta Syarikat 1965).

Kewajipan pemilik perniagaan menyimpan dokumen kewangan dan rekod akaun dengan sempurna menjadi tanggungjawab besar yang harus disempurnakan oleh mereka. Tanggungjawab ini ditambah lagi dengan pelbagai denda atau penalti bagi yang mengingarinya yang dikenakan oleh LHDNM dan SSM. Kebanyakan Peniaga dan Usahawan yang tiada pendedahan dan latarbelakang akaun dan undang-undang akan mendapati peraturan kewangan rumit untuk dilakukan manakala hal ehwal korporat paling sukar untuk difahami. 

Melalui docudrama ini, kami suntik dan kupas ilmu pengetahuan tersebut supaya penonton dapat kenal dan faham selok belok kewangan dan korporat dalam perniagaan.

Dengan pengetahuan yang sebaiknya, Peniaga dan Usahawan boleh merancang hal ehwal perniagaan mereka dan mengambil langkah yang  sepatutnya untuk melindungi hak dan memelihara kepentingan mereka.























'


















MENJAMBATANKAN (BRIDGING) ILMU DAN KEMANUSIAAN

Coretan awal kisah "Antara Kita" dan "Bahtera Korporat" ini adalah berinspirasikan kisah sebenar yang tercetus dalam perjalanan perniagaan para usahawan dan pengarah-pengarah syarikat di Malaysia. Manuskrip asalnya dibangunkan pada tahun 2006 dan dari masa ke semasa ianya dipertingkatkan mengikut peredaran dan keperluan perundangan dan peraturan perniagaan semasa. Walaupun matlamat asal menjadikannya drama bersiri untuk melatih para usahawan Bumiputera di Malaysia, tetapi dengan berpengaruhnya teknologi internet di zaman ini, drama dokumentari dianggap paling kreatif, inovatif dan fleksibel.

Melalui penghayatan watak, pola pikir, nilai dan etika yang sebaiknya yang disuntik dalam perjalanan cerita, para penonton boleh memahami peraturan, kaedah, teknik dan menjangka (anticipate) implikasi tindakan seseorang dalam mentadbir perniagaannya sendiri. 

Akhirnya tindakan dan sikap anda juga penentu perniagaan anda akan terus kehadapan atau musnah di tengah jalan. 


Mengenai projek MYCO Bisnes : Undang-undang perniagaan  di Malaysia tidak mewajibkan seseorang peniaga mempunyai kelayakan akademik yang khusus. Sesiapa sahaja dari latarbelakang manapun boleh mendaftarkan perniagaan dan boleh menjadi Pengarah Syarikat asalkan  berumur 18 tahun ke atas dan bukan seorang yang bankrup.  MYCO membahas dan mengupas isu-isu berkaitan perniagaan dan korporat khususnya di Malaysia dan menerbitkan bahan-bahan yang diolah dalam pelbagai bentuk seperti video maklumat dan dokumentari drama ( dokudrama) yang boleh ditonton bagi tujuan pembelajaran  sendiri (self learning) dan latihan.  Pendedahan ini dapat membantu menambahkan ilmu dan maklumat bagi  peniaga, pengarah syarikat, pemegang saham syarikat malah golongan pelajar. Ilmu yang terbaik membantu anda membuat keputusan yang terbaik seperti memposisikan diri sebagai pemilik, Pengarah syarikat, pemegang saham, CEO, mengawal kewangan, mengeluarkan dividen, tanggungan dan banyak lagi yang harus anda terokai sebagai seorang peniaga.

Penafian : Segala kandungan di laman web mycoi.com.my  berserta bahan-bahan yang diterbitkan melalui projek MYCO Bisnes adalah dibangunkan hasil pengkajian dan penelitian yang sewajarnya berdasarkan pengalaman para penulis, pengkaji dan penerbitnya. Kandungan MYCO disalurkan sebagai wacana ilmu, medium pencetusan minda dan maklumat umum bertujuan menggalakkan (encourage) individu meningkatkan prestasi diri dan sekaligus memajukan perniagaan mereka. Penerbit  tidak menjamin maklumat yang dibentangkan  samada secara tersurat atau tersirat adalah penjelasan muktamad berkaitan dengan sesuatu peraturan atau perundangan perniagaan ataupun solusi (solution) maupun konklusi ( conclusion) kepada sesuatu isu yang dibentangkan . Justeru para pembaca dan penonton harus mendapatkan nasihat daripada pakar dan profesional dalam hal ehwal korporat, perundangan, kewangan dan perniagaan bagi memperjelaskan sesuatu isu yang dihadapinya. Penerbit berhak membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Penerbit  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat atau ketepatan maklumat yang dipaparkan.

Pernyataan Hakcipta : Hakcipta laman web mycoi.com.my dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya  adalah hak Penerbit  dan sekutunya termasuk penulis, penerbit  dan pengarahnya  kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian kandungannya  boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Penerbit. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh disalurkan ke email info@mycoi.com.my.



Centric Asia Media 2020