Tahukah anda samada anda berniaga dalam bentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat, anda dikelilingi pelbagai undang-undang dan peraturan yang boleh menghimpit anda?

Di era EKONOMI yang dilingkungi pelbagai bentuk persaingan ini, pengetahuan mengenai realiti dunia perniagaan dan pensyarikatan boleh membantu kita merancang perniagaan kita dengan lebih tepat dan terbaik.

Pengetahuan mengenai PRINSIP, PERATURAN, apa yang boleh, apa yang tidak,  khususnya di sekitar perkara pengarah dan pemegang saham boleh membantu kita mengelak segala permasalahan yang mungkin timbul dengan rakan kongsi, pelabur dan lain-lain.

ILMU DAN MAKLUMAT yang betul membolehkan kita meraih segala ruang dan peluang yang ada untuk kelangsungan perniagaan dan syarikat.

Sebaliknya sekiranya MASALAH sudah timbul, maka kita mungkin perlu mencari kaedah lain yang tersendiri bagi menanganinya.

Hakikatnya walaupun dalam gelora atau ribut, kita harus terus membawa bahtera syarikat kita meluncur ke hadapan. 


SIRI VIDEO PEMBELAJARAN ASAS
PERNIAGAAN DAN KORPORAT
MALAYSIA
PENAFIAN
Setiap maklumat yang terkandung di laman web www.mycoi.com.my  dan videonya adalah disediakan sebagai maklumat umum dengan tujuan memperkenalkan siri video MY COMPANY AND I (SAYA DAN SYARIKAT SAYA) . Pihak penerbit  tidak menjamin maklumat yang dibentangkan adalah penjelasan muktamad berkaitan dengan perniagaan dan syarikat khususnya berdasarkan peraturan dan perundangan di MALAYSIA, samada melalui penjelasan atau tersirat, ketepatan, kesempurnaan, sandaran dan kesesuaian maklumat.Oleh itu para pembaca dan penonton harus mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar dalam hal ehwal korporat, perundangan dan perniagaan bagi memperjelaskan sesuatu isu yang dihadapinya.
Penerbit berhak membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
Penerbit  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat atau ketepatan maklumat yang dipaparkan.

PERNYATAAN HAKCIPTA

Hakcipta laman web   MY COMPANY AND I (SAYA DAN SYARIKAT SAYA) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya  adalah hakcipta Penerbit  dan sekutunya termasuk penulis, penerbit  dan pengarahnya  kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian laman web  ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Penerbit.

KOMUNIKASI
EMAIL :    info@mycoi.com.my

© Q.A.M.S. Corporate Services Sdn Bhd (522420 M). 2018